Semua yang korang nak tau pasal Marvel's Avengers (PS4)
Written by Kyo on
Marvel's Avengers tak lama lagi dah akan keluar dekat PS4. Tarikh dia sampai dah confirm 4 September 2020.
Jadi, untuk pendekkan cerita, seperti yang Kyo dah tulis dah kat title:
- Cerita dia original dan baru. Takder kena mengena dengan yang MCU atau yang wayang punya.
- Cara main dia macam God of War yang lagi rumit. Korang boleh naik taraf atau tukar skill, tukar-tukar baju, nak buat Thor punya Mjolnir berapi pun boleh (Contoh lah).
- Ada single player campaign. Korang boleh guna setiap hero dalam cerita mereka yang tersendiri (Ada 6 hero yang boleh digunapakai buat masa ni).
- Walaupun ada single player campaign, game ini masih memerlukan internet untuk start main dahulu (Macam Call of Duty WWII atau Modern Warfare).
- Ada Co-Op yang memerlukan internet dan PS Plus yang dipanggil Warzone. Korang boleh main sehingga 4 orang dalam satu sesi. Nak main sorang2 pun boleh dalam mode ni.
- Harga untuk Standard: RM 239. Ada kemungkinan dapat set pin, atau pun steelbook exclusive (tengok kat bawah)
- Harga untuk Deluxe: RM 329. Dia masukkan sekali DLC kostum, langganan komik Marvel untuk sebulan, dan juga boleh main 72 jam sebelum game tu keluar secara rasmi (Boleh start main pada 1hb September 2020).
- Collector's Edition dijangka pada harga RM 849. Gamenya ikut versi deluxe, dan korang boleh rujuk gambar kat atas untuk tengok apa yang dia masukkan sekali.
- Korang boleh merasa Online Beta mulai 7hb sampai 9hb Ogos, tapi kena preorder dulu. 14hb sampai 16 Ogos korang boleh main sekali lagi jugak, tapi dengan syarat dah pre-order. (Belah Malaysia masih belum confirm tarikh nya)
- 21hb sampai 23hb Ogos, sesiapa yang ada PS Plus dan juga Internet yang bagus, korang boleh terus cuba.
- Update yang seterusnya akan ditunjukkan pada 30hb Julai 2020, 1 Pagi, waktu Malaysia.
Kalau korang berminat nak pre-order, bagitau Kyo cepat-cepat!
Share this post
0 comment