Soalan Lazim / FAQ tentang Playstation 4 / PS4
Tujuan kompilasi soalan-soalan yang sering ditanya oleh pengguna atau peminat Sony Playstation 4 adalah bagi menyenangkan hidup kita semua agar tak perlu menjawab soalan yang sama tiap-tiap hari. Kadang-kadang boleh tahan jugak soalan-soalan yang ditanya. Jadi, kepada yang berminat dan yang terasa nak tahu lebih lanjut tentang Sony Playstation 4 ni, Kyo persembahkan jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya buat mereka yang sangat curious. (Ataupun masih belum mampu beli PS4 ni lagi. Hehe)
Perkara AM PS4
1. Apa ke menatangnya Sony Playstation 4 ni?
Playstation 4 atau sering dikenal sebagai PS4 adalah konsol permainan video yang diperbuat oleh Sony, antara korporasi terbesar dalam dunia yang hebat dalam peralatan elektronik mereka. Lahir pada tahun 2013 di serata dunia, ia dianggap sebagai konsol permainan yang paling laris dalam generasi terkini berbanding dengan konsol permainan yang lain.
Trivia: Pekedai-pekedai biasa panggil P4 selain daripada PS4. Ini pasal tabiat sejak zaman PS3 lagi (Yang tu pun diorang panggil P3).
2. Kalau saya beli konsol PS4 ni, apa yang saya akan dapat?
Secara asasnya, pembeli akan dapat beberapa perkara ini:
Konsol PS4 |
Controller Dual Shock 4 (DS4) |
Wayar / Kabel HDMI |
Buku operasi atau manual PS4 |
Muatan Hard disk berdasarkan model |
Wayar / Kabel elektrik |
Headset mono bersaiz 3.5mm |
Wayar / kabel micro USB |
Yang takder dalam gambar ialah buku manual dengan headset. Entah mana entah Kyo campak. haha.
Kadang-kadang perkhidmatan Playstation Plus pun akan disertakan sekali. Tetapi yang ni Kyo akan cerita lebih lanjut dekat belah lain.
3. Aik? Satu sahaja controller? Apa kes? Ni karang adik saya nak main game bola dengan saya camaner?
Maka dengan ini, saranan Kyo adalah untuk beli lagi satu… Pasal memang tak kira apa pun, dia kena ada satu sahaja controller dalam setiap Kotak PS4. Kadang-kadang kalau bernasib baik ada saja sale yang pekedai akan letak lagi satu controller sekali.
4. Sekarang ni saya nampak ada beberapa model PS4 ni. Mana yang paling sesuai untuk saya?
Sebelum Kyo jawab soalan itu, biar Kyo terangkan model yang ada:
Sony Playstation 4 : Ini yang paling first keluar. Akan ada muatan storan sebanyak 500GB ataupun 1000GB/ 1TB
Sony Playstation 4 Slim: Yang baru saja keluar. Lebih kecik dari yang model first dan juga didapati dalam muatan storan 500GB ataupun 1000GB/1TB
Sony Playstation 4 Pro: Yang ini untuk mereka yang nak merasa main game pada resolusi yang paling tinggi iaitu 4K. Tak banyak lagi game keluar buat masa ini yang support resolusi setinggi itu.
Kalau diikutkan, mestilah yang paling sesuai adalah PS4 Pro pasal dia boleh keluarkan resolusi paling tinggi buat masa ini. Tetapi, dengan syarat TV korang pun patut boleh keluarkan gambar secantik 4K. Kalau takat FULL HD, PS4 slim pun dah cukup dah. Nanti-nanti boleh saja upgrade beli PS4 Pro. Kyo sendiri suka Phat pasal design dia lagi cantik berbanding slim.
5. Kalau muatan storan pulak? Apa cadangan Kyo?
Lagi besar, lagi bagus. Walaupun korang boleh tukar sendiri muatan storan tu, tetapi akibat game game zaman sekarang yang besar gedabak size dia, maka untuk kurangkan pening kepala Kyo akan cadangkan yang bersaiz 1TB.
Kalau nak tukar jugak sendiri, cari muatan storan yang tebal nya tak lebih dari 9.5mm dan bersize lebih dari 160GB. PS4 tu sendiri pun pakai SATA II 5400 RPM, jadi kalau jumpa saiz lagi besar tapi spesifikasi sama, belasah saja.
6. Owh cenggitu. Apa cara nak main PS4 ni?
Menggunakan format Blu Ray Disc ataupun download melalui internet. Biasanya kitaorang akan panggil yang disc tu sebagai physical dan yang download pakai internet sebagai digital.
7. Pergh maju tu boleh download game pakai PS4 ni.
Maju tu maju lah jugak, tapi kalau melalui digital, kita tetap kena beli daripada kedai digital Sony yang dipanggil Playstation Store.
8. Hah? Kena beli? Bukan download pakai internet free ker? Takpun cetak rompak ker.
Kalau nak game free ada caranya. Tapi yang belah free biasanya demo game, iaitu satu dua babak atau bahagian dalam game saja yang dia bagi main free. Lepas tu kena bayar dah.
Belum ada lagi cetak rompak untuk PS4 ni. Kalau ada pun, Kyo takkan rekemen. Tapi yang tu nanti Kyo cerita kenapa.
9. Kalau kita nak beli PS4 ni, dekat kedai mana yang ada jual?
Kalau nak senang, tempat yang paling hampir akan sentiasa ada, ialah kedai Sony Malaysia sendiri. Kedai diorang biasanya ada dekat kompleks membeli belah dan sewaktu dengannya. Kalau macam kedai-kedai elektrik dan elektronik yang ada logo besar Sony pun tak semestinya ada. Jadi kalau berminat, boleh check dekat link yang Kyo kasi ni.
Yang kedua, korang boleh juga beli dekat kedai-kedai game yang sedia ada. Impulse Gaming dan Heavy-Arm adalah antara kedai-kedai yang paling berreputasi yang korang boleh beli konsol PS4 itu dan juga game game dia sekali. Website Kyo ni pun ada jugak sebenarnya, tapi Kyo saja nak lebihkan game dia terlebih dahulu. Kalau agak nak beli, sila hantar email terlebih dahulu.
10. Siapa yang biasanya jual paling murah?
Bergantung. Kadang-kadang kedai-kedai yang Kyo cakap tadi akan buat diskaun ataupun sale. Kadang-kadang ikut musim. Tapi kebiasaannya, nama nama kedai game yang Kyo cerita tadi akan jual konsol PS4 pada harga yang lebih murah dari biasa.
11. Saya ada tengok dekat online apps ni macam Lazada, 11street, Gemfive, dan diorang punya harga jualan lebih murah daripada kedai-kedai game yang Kyo cakap tu. Kenapa ek?
Yang ni Kyo kurang pasti. Kalau diikutkan, penjual-penjual yang ada dalam online apps tu kalau korang pergi kat kedai asal diorang, harga diorang mahal. Maka yang bagi diskaun tu sebenarnya datang dari online apps tu sendiri. Mungkin saja sebagai penarik kot.
12. Boleh percaya ke harga-harga dekat online apps ni?
Pada zahirnya, boleh. Tetapi, nasihat Kyo senang: Kalau rasa sangsi dengan apa yang ditawarkan, jangan beli. Pastikan korang beli sesuatu dengan keselesaan yang paling tinggi.
13. Kyo, rasanya wajar tak untuk beli satu lagi controller PS4 ni? Macam lagi elok beli game saja. Haha.
Hah, yang ni soalan yang bagus. Kebiasaannya game-game yang dikeluarkan adalah untuk seorang sahaja pemain. Tapi, andai kata korang minat main game bola, atau pun game racing, maka elok juga korang beli lagi satu controller extra. Takder la adik korang bising tak dapat main. (ataupun bini korang.)
14. Lah, macam tu ker. Macam mana kitaorang nak tahu kalau game tu boleh main ramai-ramai atau tidak?
Senang. Sebelum korang beli game, pandang belakang kotak game. Dekat bahagian bawah biasanya akan ada beberapa butiran tentang game tu. Ini contoh nya:
Contoh gambar belakang kotak game PS4.
Dari sini korang boleh tahu berapa ramai pemain yang boleh dalam TV dan konsol PS4 yang sama. Yang paling kiri akan menandakan berapa ramai yang boleh main dengan controller yang ada (secara offline), dan yang sebelah dia ialah untuk tahu berapa ramai yang boleh main online. Lain lain info juga mungkin berguna untuk korang. Contohnya boleh main kat PS4 Pro, atau pakai PS Vita untuk main game PS4.
15. Warranty ada tak ni Kyo?
Kalau yang beli dari Malaysia, biasanya ada saja dari Sony Malaysia. Tak silap sepatutnya 1 tahun warranty dia. Dan dengan syarat kena dafter dekat website Sony Malaysia. Diorang siap akan bagi 3 bulan lebih jaminan warranty kalau daftar kat sana.
16. Katakan saya pergi Singapore dan beli PS4 dekat sana, dapat juga ke warranty kat Malaysia ni?
Hah dapat dapat. Asalnya kalau korang beli konsol PS4 yang dijual di seluruh Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Singapore, Hong Kong, Thailand sebagai contoh), maka korang akan dapat menikmati jaminan warranty yang sama dekat negara yang korang duduk dekat. Jadi Rakyat Malaysia boleh saja beli dari negara –negara Asia Tenggara yang lain.
17. Fuh best tu. Ada lagi tak tips yang patut saya tahu pasal PS4 ni sebelum beli?
Dalam otak Kyo, ini yang Kyo boleh cadangkan:
- Pastikan ada jaminan warranty dari Sony Malaysia. Senang sikit nak main PS4 kalau takut benda rosak tak pepasal.
- Pastikan set PS4 dalam kotak itu mengandungi semua yang Kyo ceritakan tadi. Dekat belakang kotak PS4 itu pun akan ada tulis kandungannya. Kalau satu benda tak cukup, jangan beli.
- Pastikan korang beli dekat pekedai-pekedai yang korang paling selesa dengan. Mungkin satu akan kata diorang paling murah tapi itu ini kurang, ataupun yang lain lebih mahal tetapi semuanya lengkap sampai lah ke service balik ke rumah sekali. Kepuasan korang adalah keutamaan yang patut dipenuhi setiap pekedai.
- PS4 ini hanya boleh main dekat TV LCD, LED ataupun monitor yang boleh terima wayar HDMI. Jadi kalau korang punya TV adalah TV gedabak yang bersaiz 14, 21, 29, dan berjenis CRT, korang takder cara lain melainkan untuk beli TV ataupun monitor baru. Ini pun pasal diorang nak pastikan korang dapat gambar paling cantik bila korang sendiri tengah main game.
Lepas Dah Beli PS4
Tahniah kerana Berjaya beli!
2. Apa patut aku buat sekarang?Pasang kat TV lah! Apa lagi. Haha.
Andai kata tiada TV yang ada slot HDMI, boleh gunakan monitor PC yang ada slot HDMI yang sesuai.
Kalau tiada slot tu dekat monitor, caring HDMI to DVI converter atau cable. Itu pun boleh. Tapi kalau bab suara payah sikit. Kalau monitor tiada tempat nak cucuk cable 3.5mm untuk headset atau speaker maka korang kena cucuk dekat PS4 controller. Yang tu saja tempat yang tinggal. Kyo ajar dekat bawah nanti pasal macam mana nak buat.
3. Camaner nak pasang ni Kyo?Senang saja. Cucuk semua cable yang diberi dalam kotak kepada lubang-lubang yang ada kat belakang. Nak pasang ni senang saja, pasal semua lubang unik. Cucuk sekali controller PS4 dengan cable USB Micro dekat bahagian depan PS4. Dah settle pasang, sila hidupkan PS4 anda.
4. First time hidup ni bro. Takder Bahasa Melayu ker dalam PS4 ni?Malangnya tiada lah der. Tetapi dia akan start dengan Bahasa Inggeris dahulu. Yang penting, ikut arahan dia.
5. Arahan apa tu?Dekat TV nanti akan ada arahan. Pertama, dia suruh pasangkan controller Dual Shock 4 dekat PS4 terus. Lepas tu pilih Bahasa. Amik Bahasa Inggeris saja. Melainkan kalau korang boleh baca Bahasa lain, maka itu lain lah cerita.
Kalau ada internet, PS4 boleh tolong pasangkan Internet tu sekali kepada PS4 berdasarkan hubungan/connection yang ada. Internet agak penting untuk PS4. Last sekali, tetapkan zon waktu Malaysia dan juga waktu yang tertera kat jam korang time sedang pasang. Siap!
6. Ai, itu jer ker bro?Itu saja.
7. Mudah gak tu.Boleh lah tahan mudah dia. Dia yang penting senang start maka takyah tunggu lama-lama nak main.
Internet dalam PS4 dan Playstation Plus
Kalau diikutkan, semua jenis internet pun boleh. Termasuk lah Streamyx. Tetapi yang lebih afdal gunakan lah internet macam Unifi, Maxis Home Fibre, ataupun Time. Internet 4G mobile hotspot pun boleh juga digunakan. Lagi laju, lagi senang lah kalau nak muat turun/download benda atau lawan dengan orang lain . Kelajuan internet dan juga stabil dia pun penting kalau nak main online dengan orang lain serata dunia.
2. Kalau kita pakai tethering melalui smartphone? Boleh ker?Kalau PS4 tu boleh jumpa telepon korang yang ada tethering connection, boleh juga. Cuma ingat, pastikan ia laju.
2.1 Bro, kalau saya pakai tethering, line mana yang sesuai?
Kalau diikutkan, mana mana line internet pun boleh saja digunakan. Tetapi, yang peliknya, UMobile kurang ok sikit. Kekadang dia ok dan kekadang dia tak ok. Digi punya plan unlimited cemerlang bila dah terhubung dengan PS4 korang. Cumanya, pastikan area korang punya line kuat. Dan elakkan Umobile buat masa ni. (Kalau niatnya nak pasang dengan PS4 lah, lain lain dengan UMobile ok saja).
(Terima kasih kepada Faiz Taib pasal part ni!)
Macam-macam. Ini antara yang ada:
– Main online dengan pemain-pemain Playstation 4 yang lain (bukan free)
– Beli game digital melalui kedai Playstation / Playstation Store.
– Kongsi gambar atau video korang main game dekat Facebook, Twitter atau pun email.
– Tengok Netflix (bukan free), Youtube, Twitch (saluran yang penuh dengan video video orang lain main game. Juga kadang-kadang ada yang live tgh main)
– Layari internet. Tapi biasanya Kyo tak cadangkan untuk buat camtu pasal kurang syok. Telepon korang pun lagi kencang.
Itu dulu. Sekarang lain. Bila Sony kata PS4 tu nak dilancarkan, memang diorang kata kena beli Playstation Plus untuk main dengan pemain lain di serata dunia.
5. Mahal ker nak beli Playstation Plus tu?Tak lah mahal. Tapi dalam RM 129 untuk setahun. Dah masuk GST seingat Kyo.
6. Jap, apa kebendanya Playstation Plus ni?Service dari Playstation yang menawarkan perkhidmatan main secara online dengan pemain pemain lain serata dunia. Jadi kalau berniat nak main bola online dengan orang lain serata dunia, Playstation Plus ni jadi wajib. Tapi banyak jugak manfaat yang ada dengan Playstation Plus ni.
Antara manfaat lain yang sangat berbaloi:
- Game Free Setiap bulan, untuk setiap jenis Playstation konsol yang korang ada (Biasanya 2 sebulan)
- Diskaun lebih kalau Playstation buat sale dekat Playstation Store.
- Simpanan save data game korang dekat Playstation. Agak-agak kalau penuh dalam hard disk korang. Ada 10GB diorang bagi ni.
- Perkhidmatan “Share-Play”, yang korang boleh kasi kat pemegang Playstation Plus yang lain untuk main game korang atau pun biar diorang download secebis dari game korang untuk main bersama. Tanpa perlu game tu pun.
- Ada game yang tak keluar lagi? Korang dapat peluang main dulu melalui program beta yang ditawarkan. Tak semua dapat tapi pemegang Playstation Plus biasa diutamakan.
7. Fuh berbaloi untuk bayar setahun terus RM 129 dapat sumer tu. Tapi, katakan kalau saya tak mampu, ada pilihan lain ker yang murah sikit?
Ada saja. Kalau nak yang 3 bulan sahaja, yang tu harganya RM 43. Kadang-kadang, ada game yang kasi 14 hari free. Yang tu pun ok gak kalau rasa nak cuba cuba. Tapi, fikir balik lah, korang bayar lebih RM 10 untuk semua manfaat tu setiap bulan kalau terus beli untuk setahun, berbaloi kot. Yang game free yang best tu.
8. Bro, PS4 saya suruh saya update, tapi internet saya slow gila. Tak mampu nak bukak lama-lama ni. Ada cara lain nak update tak?
Kalau korang ada USB thumbdrive, gi download melalui PC korang. Sony ada letak file dia dan cara-cara dia untuk download. Kalau korang ada beli game yang baru saja keluar dan ada update terbaru, pun boleh jugak PS4 itu install dari sana.
Berkenaan akaun Playstation korang
1. Kalau nak beli dekat Playstation Store atau main online dengan Playstation Plus, kena ada akaun Playstation ker?
Betul tu. Pastikan korang ada alamat email yang bersesuaian, lepas tu daftar melalui online. Paling senang dari PS4 tu terus. Tapi kalau nak buat online pun boleh gak.
2. Macammana saya nak daftar akaun Playstation ni bro?
Akaun Playstation korang bergantung kepada negara yang korang daftarkan. Katakan korang ada alamat dekat US, ataupun Jepun, maka akaun Playstation korang akan menunjukkan barang untuk dijual dalam Playstation Store berdasarkan negara yang didaftarkan.
3. Kalau takder?
Daftar untuk Malaysia jer. Sekurang-kurangnya Playstation Store Malaysia memang wujud dan dalam duit Ringgit.
4. Ok, jadi kalau nak senang buat akaun melalui PS4 lah kan?
Betul tu.
5. Ok, dah siap dah bro. Jap, camana saya nak beli game dari Playstation Store ni?
Ada dua cara. Korang boleh beli top up duit Playstation dari pekedai-pekedai yang sedia ada. Biasanya yang ada ialah RM 100 (Tapi jangan pulak korang fikir kalau untuk RM 100 korang bayar tepat-tepat, pekedai pun kena amik untung sikit).
Cara kedua ialah melalui kad kredit yang korang ada. Tapi harus diingatkan bahawa tidak semua kad kredit diterima oleh Playstation Store Malaysia.
6. Aik? Kenapa pulak?
Maybank halang penggunaan kat Playstation Store Malaysia pasal tak menurut piawaian keselamatan Maybank. CIMB ok lagi seingat Kyo. Tapi yang ini semua trial dan error.
7. Tapi kalau nak jugak beli game dari Playstation Store dari negara lain?
Eh mengada pulak mamat ni. Dulu time PS3, kitaorang ada satu trick yang kitaorang akan pakai. Kitaorang akan cari alamat sebenar dalam negara lain, lepas tu masukkan alamat tu. Bukannya Playstation Store tu tahu korang ni penduduk bermastautin atau tidak pun.
8. Bro ada contoh alamat tak?
Takder. Haram kot pakai alamat orang lain.
9. Abis mana nak cari?
Syeikh Google Al-Search.
10. Jadi negara mana yang patutnya kitaorang register ni?
Malaysia, US, UK dan Jepun. Itu yang dianggap paling utama. Yang Malaysia pasal senang. Dan kita ada 7-11 kalau nak beli game kat Playstation Store.
11. Pergh best gila. Kalau camtu takyah pakai kad kredit untuk beli benda kat Playstation Store lah kan?
Betul tu. Tapi yang tu pun ada cerita dia jugak.
12. Cerita apa tu?
Kad duit Playstation Store dalam Ringgit. Dan macam Kyo kata tadi, kedai jual mahal sikit dari nilai yang korang nak beli. Contohnya, kalau nilai yang korang perlukan ialah RM100, kedai atau 7-11 mungkin caj korang mahal sikit pada harga RM 120 atau RM 130. Pasal kedai pun kena amik untung juga. Juga, kalau top up tu dalam Ringgit, maka kena pakai kat Playstation Store Malaysia sahaja. Tak hendaknya Singapore terima duit kita. Haha.
13. Lah, camtu ker. Ada cara nak cari nilai untuk Playstation Store pada harga murah?
Bergantung pada negara, yang ni kena cari kat google. Ada saja kedai kedai online yang jual top up ni. Tapi tengok pada negara.
14. Berbaloi ke beli game digital ni?
Bagi Kyo, kadang-kadang sangat berbaloi. Ada jer pernah game game yang baru keluar diorang discount sampai 50% dari harga asal. Cumanya, tak syok pasal tak dapat rasa pegang game atau CD. Dan tak boleh jual balik saja.
15. Katakan lah saya nak jual konsol PS4 saya dan semua digital game yang ada dalam PS4 saya, wajar ker?
Kalau ikutkan hati Kyo, tak wajar pasal akaun Playstation korang biasanya akan ada butiran peribadi korang. Kalau korang tak kisah benda tu diberi kat orang lain time jual, maka ikut korang lah.
Tiba masa untuk Main Game
1. Lepas dah masuk CD game dah boleh terus main ke bro?
Tak jugak. Konsol korang akan amik masa sikit untuk install. PS4 tu macam akan letak channel dekat korang punya konsol, lepas tu bila dah siap dia akan keluar Start dekat bawah gambar game tu.
2. Kalau lepas install takyah pakai CD dah ker?
Kena pakai. Dia tak install semua data dari CD. Tapi sebahagian saja. Lain lah kalau game tu digital dan datang dari kedai digital Playstation Store.
3. Kalau pasal install, 500 GB data cukup ker dalam Hard Disk tu?
Cukup saja. Kalau korang tak main banyak ok saja tu. Kalau agak-agak dah jual dah game, buang lah data game lama dari konsol. Kalau simpan save file tak mengapa lagi. Tapi data lama kalau dah lama tak main takder guna simpan pun.
4. Syok bro main bola ni. Goal tadi pun cantik. Boleh ker nak share gambar tu kat orang lain?
Ada 3 cara, melalui Facebook, Twitter, ataupun e-mail. (Instagram takder la pulak). Untuk 2 cara pertama, pastikan korang punya account Facebook atau Twitter sebelum ni dah deregister dalam konsol supaya dia terus boleh muat turun program dia. Email senang jer, hantar pakai email.
5. Kalau video?
Cara paling senang ialah melalui Youtube. Yang tu pun boleh jugak. Tapi seingat Kyo , paling panjang video tu boleh sampai 15 minit.
6. Tadikan masa saya register untuk akaun Playstation saya, saya letak Malaysia sebagai negara saya. Dan tak silap Malaysia ni dalam bahagian R3. Apa benda region region ni sebenarnya?
Owh itu. R3 ni sebenarnya klasifikasi untuk bahagian Asia. R1 untuk US/Canada, R2 untuk UK/Europe (dan kadang-kadang Jepun sesat) dan R3 untuk Asia (yang tiba tiba Jepun sesat sekali.) Region ni bukan apa, Cuma nak mengatakan game tu datang dari negara mana dan biasanya dijual di negara mana.
7. Kalau akaun saya R3, boleh ker saya main game dari region yang lain?
Tiada masalah. Kalau korang beli game dari UK (R2) ker US (R1) ker boleh jer terus main dalam PS4 korang.
Cumanya, dan ini kadang-kadang berlaku, kalau korang beli game dari region lain, dan berniat nak beli tambahan kepada game (DLC), mungkin korang tidak dapat beli dan pakai DLC itu melalui akaun R3 korang. Jadi kena bukak akaun baru yang berkait dengan game yang korang beli tu.
Kalau agak tiada niat nak beli tambahan ker DLC ker, maka jangan risau. Main saja. Tapi kalau ada, elok cari versi R3 atau yang terus berkait dengan akaun Playstation korang terus.
Ada soalan yang terjawab? Nak tolong tambahkan soalan yang lain kat sini untuk tolong orang lain pulak? Sila hantar kat Kyo kat bawah kotak ni. Jangan lupa letak kan nama sekali, pasal nak kita kena tunjuk penghargaan terhadap bantuan korang juga. Takpun, hantarkan e-mail kepada Kyo dekat kyos.game.mart@gmail.com.