Menu
Cart

Apa yang harus dibuat sebelum nak jual PS4.

Written by Kyo on

PS5 nak keluar dah. Dengar khabar cerita PS5 boleh main game PS4 (Tak semua tau). Tapi alang2 nak simpan duit ni, kita jual lah dulu buat funding untuk PS5 pulak.

Tapi, setiap tuan punya PS4 kena buat perkara tersebut. Meh Kyo terangkan.

1. Mula-mula, deactivate akaun PSN kita dalam PS4 tu

PS4 tak macam PS3. Kalau kita tekan factory reset/ restore ps3 system, dia akan terus hilang semua data yang ada dalam PS3 tu. Kalau PS4, kena cabutkan akaun PSN kita tu dari PS4. Bukan apa, takut nanti lepas factory reset pun, dia akaun tu masih berhubung lagi dengan PS4. Dan kita lak takleh nak transfer senang2 ke tempat lain akaun PSN kita.

2. Buat guest account

Lepas dah cabutkan akaun PSN kita dekat PS4 tu, baru lah boleh buat  factory reset. Tapi, kita takleh masuk ke dalam settings PS4 kalau takder akaun. jadi buat lah  guest account kejap. Yang ni boleh buat masa PS4 kita start. 

3. Sekarang baru  factory reset

Masuk dekat settings, cari initialization. Dan akhirnya initialize PS4. Bila dia tanya nak Quick atau Full, Kyo cadangkan Full. Dia ambik masa sikit, tapi dia akan bersihkan PS4 tu habis-habisan.

4. Masuk balik PS4 dengan cara guest account

Yang ni sebenarnya tak buat pun takper. Biasa kalau lepas buat factory reset yang full, memang takder data apa yang tinggal dah. Tapi kalau saja nak pastikan betul-betul, buat guest account tu sekali lagi, dan semak. Dan buat balik Factory Reset tu. Tapi kali ni, pilih Quick dah cukup dah kot.

Bila dah settle semuanya, masukkan balik PS4 ke dalam kotak, dan serahkan kepada pembeli yang korang dah jualkan kepada. Lepas tu, bersiap sedia untuk PS5 pulak!

Kalau ada soalan lain, boleh tanya dekat comment atau hantarkan email ke kyos.game.mart@gmail.com


Share this post



← Older Post Newer Post →


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published.