Soalan Lazim/ FAQ Mengenai PS5: Edisi Borak di Mamak
Updated: 12 Nov 2020
Ketika melepak di mamak dekat area rumah Kyo, seorang gamer dengan Kyo tengah sibuk berborak pasal PS5 yang akan keluar dekat Malaysia pada 11 Disember 2020
Gamer: Bro, dah baca dah pasal PS5?
Kyo: Dah baca dah.
Gamer: So dah boleh tanya lah ni ya pasal PS5 ni?
Boleh jer. InsyaAllah Kyo jawabkan.
Bila keluar PS5 kat Malaysia?
11 Disember 2020. Lambat sikit berbanding dunia, tapi takper lah.
Tapi PreOrder diorang ada bukak?
Ha ah. Dan diorang dah tutupkan dah seingat Kyo.
Habis harga pun taktau lah ni.
Yang edisi Standard dijual pada RM 2299. Edisi Digital pula RM 1869.
Abis negara lain?
Singapore dapat minggu 19hb November. Tapi kalau Asia Tenggara, entah.
Harga diorang camner kat Singapore?
Tak silap SGD 729 diorang jual.
Berapa edisi PS5 ni ada?
Ada yang boleh masuk CD, atau yang takder tempat nak masuk tu pun yang dipanggil edisi Digital.
Apa beza?
Sama jer. Cuma boleh masuk CD atau tak jer lah. Size hard disk dia, apa-apa benda yang kat dalam memang sama.
Abis camner nak main game kat edisi Digital tu?
Kena beli dekat PlayStation Store saja. Takpun kalau sebelum ni ada game PS4 yang dibeli dekat PlayStation Store kat sana, kemungkinan besar boleh download balik dekat PS5 nanti dan main kat sana.
Memandangkan dia nampak besar gila, elok baringkan ker dirikan?
Buat masa ni takder beza. Boleh jer baring atau dirikan. Sony akan bagi base tapak sekali untuk tegakkan PS5 tu, ataupun boleh dipakai untuk baringkan sekali.
Apa yang ada dengan PS5 tu masa kita beli nanti?
Console PS5, controller Dual Sense yang baru, cable USB C untuk charge controller Dual Sense tu, wayar HDMI 2.1, power cable, buku manual apa semua, dengan base tapak. Game free Astro's Playroom pun dah siap install.
Wajib ke pakai wayar HDMI 2.1 tu?
Yang ni wajib, kalau ada TV 4K dengan port HDMI 2.1 yang memang khusus kena pakai wayar tu. Kalau tak, wayar HDMI biasa pun ok jer tu.
Berkenaan TV, kalau FULL HD ok ker main?
Ok jer. Kalau nak pakai TV HD ready tahun 2007 pun boleh jer. Cumanya, untuk PS5, lagi elok kalau beli tv 4K yang ada port HDMI 2.1. Yang tu akan menolong lagi cantikkan gambar tu lagi.
Ai cantik sangat ke sampai bulu hidung tu boleh nampak dengan HDMI 2.1?
Kalau nak kira berapa helai bulu roma pun boleh dengan HDMI 2.1.Tapi, yang tu kalau betul-betul taksub nak kira lah. (Entah apa kerja entah)
Kalau katakan nak simpan game PS5, boleh masuk kat external hard disk ker?
Tak boleh. Semua game PS5 wajib simpan dalam SSD PS5 itu. Buat masa ni lah. Masa depan mungkin boleh simpan kat external hard disk atau USB ker.
Game PS4 lain cerita. Masih boleh macam dulu.
SSD tu apa?
Solid State Drive, hard disk yang paling canggih yang wujud kat dunia buat masa ni.
Size SSD tu lagi besar dari PS4 Pro ker?
Lagi kecik sebenarnya.
Abis kalau dah penuh sangat SSD tu, acaner?
Masa depan nanti korang boleh besarkan saiz SSD tu. Tunggu Sony buat update baru, dan korang boleh beli untuk besarkan saiz dia.
Murah ker SSD tu?
Mahal gila seingat Kyo. Tapi macam mana2 hard disk atau USB, lama-lama murah lah dia.
Yang Tempest 3D AudioTech ni apa pulak?
Kalau pakai headphones, korang boleh dengar bunyi yang lagi gempak ketika korang tengah main game tu.
Segempak home theater?
Anggap sebagai home theater versi murah sikit.
Kalau main pakai TV saja, dia ada ker teknologi tu?
Buat masa ni Sony kata takder lagi. Tunggu update nanti kalau diorang mampu buatkan.
Mana-mana headset pun boleh support ke Tempest 3D AudioTech ni?
Sony recommend beli yang Pulse 3D punya headset, tapi mengikut diorang jugak, kalau ada headset yang memang boleh pakai dan dibuat khusus untuk PS5, patutnya akan merasa teknologi yang sama.
Kuat ke bunyi kipas PS5 ni? PS4 aku dah macam nak terbang ke angkasa dah.
Kononya, dicipta untuk jadi lagi senyap dari PS4. Tapi, itu kata diorang sekarang nil ah. Taktau lah nanti camana.
Kalau mak aku nak letak kain alas atas PS5 tu, ok ker?
Sony kata jangan. (Serious)
Berkenaan TV lah kan, senang ker nak cari TV yang ada HDMI 2.1 port sekarang ni?
Secara jujurnya, belum lagi. Benda masih baru, jadi diorang tengah masukkan pelan-pelan.
Nanti kalau nak main game PS4, boleh pakai Dual Sense punya controller?
Boleh jer. Tapi kalau ada controller PS4, pun boleh juga.
Tapi controller PS4 takleh main game PS5?
Hah yang tu takleh.
Best sangat ke main dengan Dual Sense ni?
Kalau dekat PS5, yang tu bergantung kepada game. Macam Miles Morales nanti, korang boleh rasa kat mana datangnya serangan musuh (cewah) kat Dual Sense tu. Maknanya, Spider-Sense korang akan warning dari mana datangnya serangan tu. Senang citer, vibration telah diupgrade dengan Haptic Feedback, atau sebutan Melayunya, maklum balas haptik. Tak banyak lagi game yang pakai teknologi ni, jadi kita tunggu dulu bila ada banyak lagi game yang keluar.
Lagi satu pulak, trigger R2 L2 pun dinaik tarafkan design dia. Contoh akan datang, katakan korang tengah main game menembak, tiba-tiba lak pistol korang jam, takleh tembak. Trigger pun akan “tersekat” (bukan rosak, jangan fikir tetiba rosak lak) untuk bagitau korang, benda tengah jam, tolong elokkan dulu, baru korang boleh tembak balik (Deathloop akan gunakan teknologi ni nanti katanya)
Bateri dia camana? Lagi lama ker dari PS4?
Sama jer. Ingatkan besar lagi, tapi sama jer.
Kalau nak charge controller pakai wayar apa pulak kali ni?
USB C pulak. Setiap kali dia tukar nampaknya. 3 jam siap lah tu.
Kalau nak borak dengan member kena pakai Microphone ker?
Takyah. Microphone dah dipasang kat Dual Sense tu terus. Senang hidup.
Tapi kalau nak pasang microphone lain?
Boleh jer. Sampai earbuds pun boleh. Tapi taktau lah camaner diorang buat benda ni nanti.
Katakan maklum balas haptik tu dengan trigger baru, aku taknak pakai. Boleh ker?
Boleh kurangkan. Dan sepatutnya boleh jer tutup tu.
Katakanlah nak main dengan wayar, boleh ker?
Boleh jer.
Kaler putih ni cepat kotor ler der. Takder kaler lain ker Dual Sense ni?
Buat masa ni takder. Tapi masa depan nanti pandai-pandai Sony keluarkan.
Kalau beli PS5 kat Malaysia, boleh ker beli game dari negara lain dan main kan?
Boleh macam dulu kat PS4.
Kali ni ada beza tak kalau beli game melalui CD atau dekat Playstation Store?
Takder. Dua2 tetap kena install dekat PS5 tu dahulu.
Tapi kalau beli CD, dia masih kena main dengan CD sekali?
Betul tu. Tak boleh dipisahkan.
Kalau game yang dibeli tu ada PS5 upgrade, lain ke dengan versi yang dekat PS4?
Ada lain dia. Tapi bukan secara menyeluruh. Contoh macam Marvel’s Avengers atau FIFA 21 mungkin akan dicantikkan lagi, dilancarkan lagi frame rate dia ker, atau pun naik taraf untuk rasa lagi best main dengan Dual Sense. Semua ni bergantung dengan studio yang buat game tu.
Kalau lah aku beli yang edisi digital, tapi nak main game PS4 melalui CD ni, boleh ker?
Mana ada slot. Camner nak masuk?
Pakai External Blu Ray cucuk kat USB?
Takkan hidup dibaca pun PS5 tu kalau pasang pun.
Kalau aku tak cukup budget nak beli game baru, tapi nak gak main game kat PS5, apa cara yang ada?
Mampukan diri untuk beli Playstation Plus, langganan Sony yang bulanan atau tahunan yang boleh bagi korang main game multiplayer melalui internet. Diorang akan bagi sebanyak 20 game PS4 yang boleh korang download dan main. Tapi kena internet lah.
Kalau takder internet?
Simpanlah duit untuk game PS5, atau game PS4 yang mampu milik.
Kalau nak tengok movie kat PS5, boleh ker?
Boleh. Kalau ada movie blu ray atau DVD boleh jer masuk. Cetak rompak tidak ditest pasal Sony taktau mana nak dapatkan. Kyo rasa tak lepas pun.
Kalau movie tu ada 3D?
Hah yang tu takleh. Tak support pulak dah 3D sekarang ni. TV 3D pun payah nak cari dah.
PSVR tu boleh pakai dekat PS5 ker?
Boleh. Tapi kena adapter khas untuk PSVR tu. Yang tu kena apply dekat Sony pasal diorang tengah bagi secara percuma.
Ketika syok tengah borak, datang lak abang polis.
Polis: Adik-adik sekalian, buat apa ni?
Kyo: Owh tengah borak pasal Playstation 5 ni bang.
Polis: Ah ok. Boleh sambung borak dekat telefon ker? Dah lama sangat duk kat mamak ni.
Kyo: Owh dah lebih waktu ker? Baik baik. MAMAK KIRA!
Dan berlintang pukang Gamer dan Kyo lari pasal kena tegur duduk lama sangat dekat Mamak. Sambung pada 12hb Nov 2020 pulak.
Update: 12 November 2020.
Pada waktu ketika semua gamers kat US tengah tidor lagi dan belum dapat PS5 diorang lagi pada 12 November 2020, seorang gamer dan Kyo sedang berborak pasal PS5. Sambung cerita dua hari lepas.
Gamer: Keyboard dengan mouse boleh pakai kat PS5 tak?
Kyo: Boleh. tapi kalau dalam game, yang tu ikut developer. Pasal itu bergantung dengan diorang.
Apasal diorang tukarkan menu kat dalam PS5 tu?
Kalau diikutkan setiap kali pun diorang akan tukar. Cumanya, kali ni dia senangkan sikit untuk kita fokus. Kalau nak main game, terus ke game. Taklah rasa semak sangat dengan aplikasi lain kat menu tu.
Takleh nak pasang wallpaper ker kali ni?
Belum lagi. Yang tu Sony akan buat kemudian.
Kalau aku takder internet kat rumah, camner nak update PS5?
Boleh melalui USB jugak. Download file update tu ke dalam USB drive ke apa, pastu cucuk kat PS5. Tapi yang ni Sony akan tunjukkan camana kemudian.
Dengar citer Sony sekarang ni bagi tips nak main game.
Kalau kita ada Playstation Plus, setiap game yang akan datang akan ada video untuk tunjukkan cara kita nak main game kalau ada belah yang kita tak lepas-lepas. Macam Demon's Souls, katanya ada lebih 200 video untuk tolong orang.
Tapi kena ada Playstation Plus lah.
Alah, tengok Youtube sudah.
Betul. Tapi diorang buat macam tu supaya takder lah macam kita terberhenti main game untuk cari kat youtube kat tepon.
Game PS4 boleh jer beli kat PS5 kan?
Boleh melalui Playstation Store.
Kalau beli melalui phone boleh ker?
Boleh. tapi kena ikut app Playstation yang baru kena update tu. Tapi aku sendiri tak try lagi, so kena testing balik dulu.
Ok tukar topic jap. Aku biasanya tengok Netflix kat PS4 dulu. Ada dekat PS5 tak nanti?
Buat masa ni, Netflix, Youtube, dengan Spotify memang ada. Dan sepatutnya boleh terus start nak pakai bila kita beli PS5 tu nanti kat Malaysia. Tetapi, benda lain macam Apple TV dengan Disney +, mungkin takder lagi buat masa ni dekat Malaysia.
Kalau katakan aku nak main lagu masa tengah main game kat PS5, boleh ker?
Ko nak pasang Siti Nurhaliza punya Cindai pun boleh. Takpun Mentera Semerah Padi M. Nasir. Tetapi, yang tu bergantung kepada game. Ada yang kasi tutup terus lagu kat dalam game dan tukar kepada lagu yang kita nak.
Lagu Big Bang pun?
Takyah Big Bang. BlackPink pun jalan. Tapi, masih lagi bergantung dengan game.
Kali ni boleh share balik tak gambar kita atau video kita main dekat PS5 kat Facebook ke Twitter ker?
Facebook rasanya masih tak boleh. Tapi Twitter, Twitch, Youtube, ok jer.
Kali ni berapa banyak akaun PSN boleh masuk dalam satu PS5?
16.
Banyak tu.
Dan 4 boleh terus login pada masa yang sama. Dia sama macam case pakai 4 controller pada masa yang sama.
Memandangkan nanti bila dah ada PS5, apa nak buat dengan PS4 tu?
Kalau nak jual ok jer. Tapi kalau nak, Kyo pun akan cadangkan untuk pindahkan PS4 tu ke bilik lain.
Apasal?
Pasal PS4 boleh buat tempat stream game PS5.
Serious?
Betul lah. Ko balik rumah pasang PS4 Sony dah siap installkan kot.
Camana kita nak pakai?
Letak PS4 tu kat bilik lain (kalau ko sambung dekat TV yang sama dengan PS5 macam takder guna pun ada). Pastikan PS4 tu dan PS5 bersambung ke Wifi, dan ikut arahan dia dekat PS4.
Jadi kalau bini ko nak tengok cerita Korea dekat bilik ruang tamu, ko on jer PS5 tu kat sana, dan gi ke bilik dan main melalui PS4 tu. Tetapi, kena pakai controller PS4 lah. Pasal Dual Sense takkan detect dekat PS4 tu.
Katakan lah rumah aku ada 4 PS4, boleh ke stream satu game PS5 tu ke 4 empat PS4 tu?
Aku tak pasti kenapa ko boleh beli sampai 4 PS4, tetapi, untuk menjawab soalan, boleh stream sampai ke 4 PS4 pada masa yang sama. Contoh kalau nak main Overcooked 4 orang sekali dengan 4 PS4 berbeza tu, boleh saja. Pasal dia sepatutnya boleh saja stream untuk main game secara multiplayer.
Tapi lagi senang, satu bilik, 4 controller, satu game. Settle. Lagi satu, yang ni pun ikut game jugak kalau support ker tidak.
Agaknya berbaloi ke beli sekarang ni dengan takder game sangat?
Bagi Kyo, beli kalau ada game yang nak dimain dekat PS5. Itu pun kalau pernah ada PS4 lah. kalau tak pernah ada, Good timing. Memang boleh disyorkan.
Kyo bila nak jual?
Nanti aku hantar petisyen mintak diorang bagi Kyo jual. Kalau diorang rajin layan lah. Haha.
Kalau katakan PKP berkuatkuasa balik, camana nak contact Kyo kalau takleh jumpa?
Ko tulis jer details dan soalan apa semua kat bawah. InsyaAllah Kyo akan reply balik.
Maka settle lah borak kat mamak kali ni. Tak kena dikacau polis. Syukur.
Kalau korang betul ada soalan ker apa pasal PS5, tanyalah Kyo. InsyaAllah Kyo try jawabkan.